Monday, December 29, 2008

Chenta Fantasi~

Entri ini ilham daripada 2 kejadian:

Kejadian 1: Baca blog si Pjoe tentang Cinta manusia dengan selebriti

Kejadian 2: Semalam aku, Kem , dan Sal dengan berbesar hatinye ke Gombak untuk meraikan majlis pertunangan skulmate kiterang (deskmate aku since f1-f3). Name beliau Mai.Majlis berjalan lancar, makeup pun cantek, the fud was great and we have a great gosipping session after the majlis...tapi tk cukup korum..so tak bape nak happening sangat la....

Bak kate Pjoe die suka kan Agnes Monica sebagai salah satu mekanisme pertahanan yang die cipta untuk menjauhkan diri die dengan perempuan sebab die dalam proses "penyembuhan". Just untuk flirt-flirt around di alam fantasi. Dan di akhir entri tersebut beliau membuat soalan yang tak perlu dijawab oleh sesiapa melainkan diri beliau sendiri ' Adakah sebelum ini aku hidup dalam denial? Denial sebab aku menutup ruang-ruang itu kepada kaum hawa yang nyata?'

Aku pun macam Pjoe jugak tapi bezanya die pernah disampah kan oleh seorang dara dan aku tak pernah disampahkan oleh sesiapa...Bagi aku, aku senang untuk suka tapi susah gile nk close dengan laki....biar baru tengok sekali dari jauh kt stadium pn aku boleh suke, baru 2-3 kali berbalas komen pun aku boleh suke..tapi SUKA aje la...

Nak kata aku tak pernah close dengan manusia yang bergelar laki, tak jugak la....pernah tapi sat saja..lepas tu aku akan hidup dalam denial.....Minat kat selebriti dan jugak manusia-manusia yang dia tak pernah tahu kewujudan aku...dan aku sangat comfort dengan keadaan sekarang ni...Tak sakit hati dan happy serta enjoy sehinggakan aku fikir aku tak perlu ada komitmen di alam nyata ;P

Dan seperti Pjoe...aku jugak nak membuat soalan yang tak perlu dijawab oleh sesiapa melainkan diri aku sendiri 'Sampai bila aku nak berada di alam fantasi yang aku cipta sendiri ni?' huhu

Sebagai penutup entri kali ini, aku nak list manusia-manusia di alam fantasi aku yang pada aku mereka bersifat sempoi, happy, sportive dan seumpama dengannya :

1) Nas-t
2) National Hockey Player seperti Nabil Fiqri, Megat Azrafiq, Ismail Abu, Azlan Misron....haha 1 team la senang kate ;P
3) Jason Mraz (suka lagu-lagu die)
4) Nabil Raja Lawak (aku suka gelak ketawa)

Bagaimana pula dengan kawan-kawan??Siapa & apa ciri-ciri selebriti fantasi kalian???

p/s: I really have to thanks Pjoe for giving me the idea for this post...owh dan juga abang for the sun glass..hehe

Thursday, December 25, 2008

Seperti budak belasan tahun baru dapat lesen memandu

Situasi satu:

Rasa was-was semasa memandu....lalu check air & minyak hitam..


Situasi dua:

Rasa malas meluap-luap untuk drive(siap letak status facebook 'malas mahu drive')


Situasi tiga :

Tergesa-gesa keluar dari parking the mines bajet nak semayang dekat rumah...tak mo semayang maghrib dekat sana sebab tak bawak telekung....samabil sebelah tangan pegang ai krim & sebelah lagi pegang tiket parking aku berkate dalam hati: ni kalau jem dekat minlon mao burn maghrib ni...

Elok keluar je simpang mines tetibe dah jem hala ke seri kembangan...aku nk ke serdang..so aku bagi signal ke kiri...tapi banyak kereta...so aku folo je kete depan yang tetibe break...aku pn break la(perhatian:ais krim masih di tangan tak habis lagi )...sempat je aku break tak sampai 5 seconds tetibe aku dengar bunyik kuat gile...aku tengok cermin belakang...jelas kelihatan seorang ayah(sebab banyak budak dalam kete tu aku nampak) pegang kepala...kengkawan aku yang dok seat belakang dah jerit....aku pun letak emergency lamp.....Qieqi kena langar la =(
Ishkk...nape la pakcik belakang ni tak sempat break...

Terus aku pass ais krim kt co pilot...orang kete depan soh aku reverse...rupe-rupenye aku tercium skit kete die #1...die bising-bising calar...pale hotak die calar...aku dengan Klah(co pilot) siap kotor tangan bersihkan bumper die...elok je bekilat...pastu die surrender...tau la aku pompuan...jangan la nk buli-buli aku!!!!

Pastu p tengok bontot QieQi pulak....aku tengok bumper je...ok la becalar sikit je #2...pastu aku tengok kete Homda yang langgar QieqQi..same gak calar-calar + ade retak sikit

Aku tanya pakcik Honda macam mana ni???Tapi aku tak pandang muka beliau sebab aku takot...padahal bukan aku yang salah(ye aku tau aku break emergency tetibe) tapi nampak sangat beliau tak cekap memandu..hehe

Die senyap je...ke die ade cakap something tapi aku tak dengar kot...Pastu dengan baek hati nye aku cakap ok je kn...???takpe je la.....

Pastu aku pn sambung drive...hati tak henti ketaq lagi mas tu...aku drive slow je 80km/h pn tak sampai kot...dari cermin belakang, kelihatan kete Honda tadi...die pn drive slow je #3 ikut aku...sampai junction nak ke tol plus die bagi signal kiri..aku pulak ke kanan.
untuk menghilangkan nervous,aku sambung makan ais krim sampai habis...

Sampai je rumah k.mun, kiterang seme rushing p amik wudu' semayang maghrib di akhir waktu & isya' di awal waktu.Dan malam tersebut aku semayang disertakan sujud sahwi sebab tak khusyu' ....aku kompius da bape rakaat aku semayang #4


Moral Value of the story :

#1- Suppose sebaek sahaja accident happen...aku amik no plat kete-kete yang terbabit. Ni aku boleh relaks je..(yang sebenarnye...aku macam tak caye aku accident...tu yang macam blur je)

#2- Patutnye aku check seme bahagian belakang...bonet, lampu etc...ade ke aku check bumper je...Aku tak perasan pun, sebenarnye area bawah no plat kemek sikit & bumper cam jatoh sikit sebab ade gap dengan lampu belakang(Ni baru realize masa aku recheck lepas semayang)...Naseb bonet still function..kalau tak mesti kena bahan dengan abah sebab aku dengan baek hatinya lepaskan pakcik Honda tu begitu saje.Kemek sikit ni pun beliau dah bising cakap aku selalu klua malam la...amalan tak cukup r...etc

#3- Jangan baek sangat...kat dunia ni ramai orang yang tak boleh dipercayakan...Aku tau kenape pakcik Honda tu drive slow ikut aku after accident tu, ni sure sebab die rase besalah.Mesti die tau sebenarnye kete aku kemek...isskkh..nape la aku tak nampak masa tu =(

#4- Jangan lengah-lengah solat

Sunday, December 21, 2008

Tag secara pukal

Aku tak gemar menjawab tag sebab ia akan mengingatkan aku dengan test, kuiz, exam dan sewaktu dengan nya...aku tak suka tapi setelah almost 1 week tade entri..so inilah hasilnye huhu

Tag by kem


1. Anda rasa anda hot?
ta pena...

2. Upload gambar kegemaran anda.


amek dari sini

3. Kenapa anda suka gambar ini?
sebab nak baju cam nieh~sangat santek kn..???

4. Bila kali terakhir anda makan pizza?
Ntah...before pose kot

5. Lagu terakhir yang anda dengar.
consequential lovers~ bo

6. Apa yang sedang anda buat selain daripada selesaikan tag ini?
sikat rambut....

7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang panggil anda?
Aak sebab kechek je yang panggil aku camni

8. Tag lagi 5 orang.
1) Nabil Fiqri Mohd Nor
2) Romi
3) Zira
4) Yusryne
5) Shilla
haha seme pn tade blog...boley ke camni???

9. Siapa orang nombor 1?
Player hoki kebangsaan yang tak bape nak ensem tapi sgt macho men hoki & mebe die da de awek =(

10. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa?
Single lagi~

11. Kata sesuatu berkenaan dengan orang nombor 5.
Aku nak cari laki yang ade ciri-ciri cam hg...tp physical die laki r

12. Bagaimana pulak dengan orang nombor 4?
Bakal menjadi suri munet next year insyAllah

13. Siapakah orang nombor 2?
kaki syoping


Tag oleh sarip

QA#1

1. Cita-cita kamu?
~ Bukak Tadika@ Taska...

2. Mana lebih penting, Boyfriend atau Kawan?
~ Kawan

3. Berapa kali pernah terfikir untuk membunuh diri?
~ Never

4. Yakin dengan diri kamu?
~ Yakin 50%.. haha

5. Berapa ramai anak yang diidam2kan?
~ 5

6. Percaya pelangi akan sentiasa muncul selepas hujan?
~ tak...Rasenye da lama tak tengok pelangi

7. Target untuk tahun ini?
~ Target untuk next year la pulak....

8. Percaya pada cinta?
~Cinta pada Yang Satu

9. Siri TV kegemaran?
~ Jon & Kate plus 8, gillmore girl, desparate hswives...dan banyak lagi

10. Perkara yang paling ditakuti?
~ Hilang segala-galanya

11. Perangai buruk yang sukar dikikis?
~ Malas..haha

12. Sepatah dua kata untuk orang yang membenci kamu?
~ Aku tak kacau ko...ko jangan kacau aku ..k???

13. Hargai setiap persahabatan?
~ yeps

14. Maksud 'flying' untuk kamu?
~Terbang ....haha ternyata aku tak bekenan melalut-lalut nak jwp tag nieh

15. Perkara yang paling diidam2kan?
~ d-SLR camera

16. Apa hadiah yang tidak diduga akan diterima dan bila?
~ dSLR...huhu next year boleh??

17. 5 tentang orang yang tag kamu:
~ taktau malu, unpredictable, sangat aktif, determine, malas...haha ampun kan aku penunggu gua ;P

18. Perkara yang membuatkan diri kamu gembira?
~ Main-main dengan kanak-kanak riang

19. Siapa kamu 10 tahun akan datang?
~ Lecturer, isteri kepada seorang suami yang penyayang, mama kepada 3 orang cahaya mata...huhu

20. Pencapaian dalam hidup?
~ errmmmm......banyak<= malas nk layan da haha

QA #2.
Rule 1 People who have been tagged must write their answers on their blogs and replace any questions that they dislike with a new question formulated by themselves.


Rule 2 Tag 5 people to do this quiz and those who are tagged cannot refuse. These people must state who they were tagged by and cannot tag the person whom they were tag by continuing this game by sending it to other people.


1. Rahsia terbesar dalam diri?
~ tak la besar mane pn...tapi aku rase mak aku tak tau lagi nie...hehe aku pena maen HOKI free hair mase derjah 6...

2. Perkara yang ada dalam fikiran sekarang?
~ Nak p tengok final Hoki MHL next sat dengan zira...

3. Pengertian 'long relationship' untuk kamu waktu sekarang?​
~ Ntah ....tiada pengertian malam-malam isnin nie.....

4. Perancangan dalam minggu ni?​
~ Scalling gigi kt PK, photography session with Dr NAY grup, Labwork, Meeting grup, Anta Klah p intebiu, tgk hoki cuci mate ;P, p tengok Mai tunang

5. Your lust list <= replacement question
~ dSLR with gud lenses

6. Lagu kegemaran semasa?​
~ Rocket by Yuna

7. ​Siapa tidur sebilik dengan kamu?
~Sorang...takde rumate

8. Status sekarang akan berubah esok?​
~ nope melainkan esok Farid kamil @ Nabil Raja Lawak ke Yusry KRU masuk minang...hoho

9. Memakai sebarang aksesori?​
~ Jam boley kire aksesori tk???


--- SEGMEN ORANG PERSEORANGAN ---

10. Orang terakhir naik kereta bersama kamu?​
~ Zira

11. Orang terakhir kamu cium?​
~ Dum Dum....

12. ​Orang terakhir call kamu?
~ Mak...tanya kat mane nieh??(pukol 10++pm)

13. ​Orang terakhir SMS kamu?
~ Pura

14. ​Orang terakhir kamu mimpikan?​
~ Ntah..tak hengat...banyak sangat mimpi

Tuesday, December 16, 2008

Senarai pemain hoki Malaysia (AUG 2008)

Sape-sape yang tahu no. jersi mereka-mereka ini tolong habaq kt ceq na...

Ahmad Bazli Razali (UPM),
Ahmad Kazamirul Nasruddin (UPM)
Baljit Singh (UPM),
Craig Joseph Fernandez (UPM)
Jazahanim Ahmad (UiTM)
Jivan Mohan (UPM)
Kevinder Singh (UM) - no.9
Mohamad Herwan Pami (UPM)
Mohamad Shukri Abdul Mutalib (UPM)
Mohd Razali Mohd Zulkipli (UPM)
Muhammad Fikri Bassar (UPM)
Muhammad Hafiz Zakariah (UPM)
Muhd Faisal Kamaruddin (UPM)
Nabil Fikri Mohd Noor (UPM)
Razlan Mohd Radzi (UPM)
Saiful Amrie Basirun (UiTM)
Syafiq Amir Kamarudin (Uniten)
Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil (Uniten) - n0.10

p/s: Ramai gila player from UPM tapi sorang aku tak penah jumpa...
p/p/s: No wonder r ramai sapoter pompuan dak PJ UPM mai stadium...

Aktiviti baru dan camera dSLR

Aktiviti yang berasaskan mata terbaru yang aku suke gile buat: sapot team hoki Malaysia. Beza antara tengok sehati berdansa dengan tengok live player hoki negara main????sape tau apa beza die??? Sejak semalam aku dan kawan-kawan bersemangat pergi ke stadium hoki bukit jalil untuk menonton & menyapot team hoki negara sempena Asean University Games 08. Semalam balak-balak hoki yang skillful dan macho mengalahkan indonesia dengan bergayanya!! 12-0...huhu sape nak jawap tu... Harini pulak Malaysia vs Singapore 8-1












Sape tau Mohd Shukri Abdul Mutalib &
Nabil Fikri Mohd Noor pakai jersi no. bape ek???
Cam semot je gambo2 yang ade...i
really need a very gud d-SLR & lense....Ade mana-mana orang kaya nak derma tak???hehe

Menjawab soalan beza antara sehati berdansa dengan perlawanan hoki??
Permaianan hoki memerlukan skill yang best...Sehati berdansa sape2 pun boleh menari betul tak???Bukan calang-calang orang yang boleh main untuk negara tau da la they all perform very well (haha memang la sebab maen dengan pasukan yang tak bape nk terer)

Apa-apa pun...esok(4.30pm) Malaysia vs timor leste....InsyAllah menang bergaya lagi...Ayuh beramai-ramai menyapot!!!

Thursday, December 11, 2008

baru kini aku tahu

Malam ni ujan dah berhenti turun....sejuk menggamit perut berbunyik-bunyik lagu runut bunyi cicakman planet hitam...yang besar-besar..ape ntah tajuk lagu tu..aku tak ingat...Kenyataannya di sini ialah aku lapar.

Aku dah diner dengan nasi lauk ayam dan sotong....beserta pencuci mulut buah orang kaya masa kecik-kecik aku panggil anggor..bosan ngadap tv trek selebriti aku layan tak layan sambil otak memerah idea...mao makan ape lagi nieh...haish..aku lapo

Macam-macam makanan yang muncul dari sesedap nasi beriani molana, bubur ayam mcd, sampai la ke kuih pelita aku ngidamkan...malam-malam cengini mana nak dapat kueh pelita =(

Sambil-sambil aku listkan ape aku nk makan..aku chat dengan jr ak kt upm...sarip name die...kami hanya bercerita tentang makanan, jimi dan bloging...tetiba die ingatkan aku tentang tag yang belom aku setelkan....huhu kenyataannya di sini ialah aku malas nk buat.....sarip lalu mereply

sharip nami: pemals ar hg nie
sharip nami: hahaaha
miera: mcm tk knl ak..
miera: bl je ak rajin??
sharip nami: hg rajen mengusha
sharip nami: hahahaha

Pada malam yang hening lagi lapo ni...aku baru tau semua organ, tisu, anggota bdn aku pemalas...kecuali mata. Sebab hanya aktiviti relate dengan mata aje yang aku suka lakukan seperti membaca blog, membaca novel(itu pun malas lagi nak pegang novel), tengok tv & movie dan paling aku suka buat usha orang....tak kira jantina, peringkat umor & pangkat...Aku selalu berangan aku boleh tafsir setiap movement and gesture manusia yang aku usha dan relatekan dengan sikap dan perwatakan mereka.

Ye...malam ini baru aku tahu haluan dan masa depan aku....Mulai saat ini aku akan berusaha kearah meningkatkan jumlah aktiviti yang berasaskan mata....ape ek????

Wednesday, December 10, 2008

Andai aku bergaji RM3k++

Andainya aku bergaji seperti di atas dan still stay dengan parent aku....aku nk

1) P travel europe ke...turki ke...jepun ke..tapi 1st tempat yang aku nk p...Mekah..aku nk tengok kaabah depan mata...hehe amenn...

2) Aku nk beli levis..haha sian kn kt aku...da 23 tahun hidop selai levis pun aku tkde lagi

3) Mao beli tudung kt butik munawarah yang rege RM140++...mahal kn tudung harga sama dengan jeans levis

4) Nk beli 2nd decorder astro...sebab abah suke+ selalu sangat tengok Awani,Bernama dan adik beradiknya...bosan tahu..??

5) Mao p New York Skin Solution...nk hilangkan dark circle + nk kampus lubang-lubang kt muka nieh...hehe

ha...tu je for now...ade sape-sape nk tambah list???

Tuesday, December 9, 2008

Menu

Menu hari raya untuk orang yang sakit perot+ pening pale + selesema + sakit tekak

Nasi impit dan kuah kacang, rendang ayam dan lemang@ pulut dan air bandung berais...
semua ini hanya untuk di pandang dan dalam angan-angan sahaja =(

hanya makan nasi impit dengan kuah sup ekor, mee hun sup, nasi lauk sup jugak....air suam

seb bek raya haji...kalu raya aidilfitri macam ni...mesti aku nanges tak makan

Monday, December 8, 2008

RAYA

harini hujan je...tk macam raya pun...naseb bek ade takbir~

Saturday, December 6, 2008

Senilagu oleh Ramli Sarip

Kesinambungan daripada entri nov 27 , Serba sedikit tentang 28 Lagu-Lagu Hit Sepanjang Masa, Memori Hit Ramli Sarip, Papa rock (Warner Music Malaysia)

Jikalau merindu pada purnama
Kenalah tunggu pada waktunya
Tapi andainya kau rindu padaku
Ketuklah pintu hatiku sedang menunggu

(Jikalau berkasih, senikata: S.Amin Shahap)

Ombak lautan berombak
Mengapa mengubah pasir di pantai
Bayu bertiuplah bayu
Mengapa menjadi ribut dan badai

(Senandung Hidup Berbudi, senikata: Bob)

Bagai sireh pulang
Dalam gagang seri cemerlang
Bukanlah sebarang
Siapa jua boleh menyanyikan

(Lagu zaman, senikata: Bob)

Andai kasturi hilang harum
Mawar tak berkuntum
Cinta tak bersambung
Biar emas setinggi gunung
Kan ku peluk rimbun ampun
Rahmat yang Maha agung

(Nyanyian serambi, senikata:Ramli Sarip )

Ibarat kita si pohon rimbun
Engakau adalah daunnya
Dan akulah pucuknya
Andai kita si pohon tua
Nanti gugur daunnya
Hidup bersama sebagai teman sejati

(Selapis Kasih Sedulang Rindu, senikata: Usop Kopratasa)

Over all:Ramli Sarip adalah superb best kalau beliau compose lagu


Friday, December 5, 2008

Penangan Diphenhydramine~

Ada orang kata Allah bagi kita sakit untuk kita sucikan dosa2 lalu...hehe banyak rupanya dosa aku...dah almost 1week batok...tadi baru p pk upm(klinik upm). Dapat ubat free..hehe

Gembiralah orang-orang yang tak sihat~

Aku tau entri ni cam hampeh. Esok aku ada meeting dengan sv....wish me luck...

Sape tau apa itu penangan Diphenhydramine???Jawapan betol akan memenangi nasi lemak Bismillah di tangung sendiri(haha tak kelakar)

Wednesday, December 3, 2008

refill

Pagi tadi aku brekfes kat mcd dengan cik Pur...cik Pur ni labmate aku.Sebenarnya kami berhajatkan roti canai Bismillah...tapi oleh kerana duet balance semalam masih banyak...jadi kami decide untuk makan di mcd baru kat b.b.bangi(dekat dengan Tasik Cempaka)

Kelihatan
1) 2-3 orang mamat yang ensem+tak berapa ensem makan sorang2...ishk2...apa la makn sorang2...len kali ajak aku sama ;P
2)Kanak-kanak dengan ibunda2 mereka...ayahanda mungkin bekerja...Hari ni bukan wikend..so kena la kerja(penulis excluded hahaha)

Untuk menghabiskan balance duet yang ada...aku pun amik bigbrekfes....hahaha(gelak je lebey...bukan sedap pn~) , cik Pur amik filet o fish & milo...1st time brekfes kt mcd minom milo...Ade tak sape2 tau hot milo kt mcd kena add sugar ke???klu kopi kena kn..tapi kiterang minom cenggitu je(sedap je pn)

Dalam aku tengah makan...ade 2 budak laki masuk beli air..large...aku usha budak 2 orang ni sampai depa kluaq...elok sampai luaq..aku tengok depa tuang ayaq large tu dalam botol mineral yang paling besaq...dan tanpa segan silu depa masuk refill ayaq...aku pun ape lagi kn...tak puas hati r...cawan milo aku ni kecek je...aku soh cik Pur tanya dulu kt cashier tu bolah refill tk....die kate boleh...aku pn eksited la kn...jalan cepat-cepat nk p refill...tetiba rakan sekerja die cakap tak boleh... manaci!!!!!!!!!

Oleh kerana dianugerahkan naluri kekakakan yang tinggi...aku tk report pun perbuatan refill merefill budak 2 orang tu... naseb baek
2-3 orang mamat yang ensem+tak berapa ensem makan sorang2 tadi da balik~kalau tak mana nk cover???

Monday, December 1, 2008

non muhrim~

I wish a world without non muhrim...wawawawa....nk klua p bayaq keta,withdraw duet,antaq printer p repair, p laundry antaq dry cleaning, p cc print report, p bilik dr NAY antaq report....ha banyak tu tempat nk singgah....ceq maleh nk pkai tudung+pkai baju long sleeve....hehe~

Hari Ahad aritu

pokok senduduk daun semalu,
tumbuh di bawah pohon sena,

berputik kasih mula bertemu,
semoga kekal hidup bersama.
amek kt sini


Selamat penganten baru kepada Kak Ain & asben...hoho patutnye nak wish last sunday...tapi malas nk taip pape ...bajet penat tolong kenduri la ;P

gamba runcit-runcit;


penat tolong mak penganten bagi beg sambil kepit handbeg berisik duet(senget sobolah bahu den..boghek)


ini wan penganten....beliau adalah cool..haha suke dengar beliau melatah...loghat nogori pure~


1st time jumpa mendalah ni kt kenduri kawen

banayk lagi gambar cantek-cantek tengok di sini

Saturday, November 29, 2008

Namanya Rahimi

Padan muka dirik sendiri...suppose aku beli hadiah untuk penganten semalam!!!! Jerit aku dalam hati...dah la nk cari parking satu hal...nak bayaq pn kena q panjang bejela-jela....haha sapa suruh hg gatai postpone beli hadiah...hambek !!!Tapi ok gak sebenaqnya...sambil-sambil q aku sempat gak usha flash card untuk kanak-kanak rebina...seb bek murah aku pun sambar je la...pastu abang kt cashier ni boleh pulak nk tukaq ketas resit...dalam mesin tu da abes kot...sambil-sambil usaha kerja-kerja baik pulih...aku grab lagi 1 barang...dapat gak kad untuk hadiah ni =)

Setel kt situ...tengok kat kaunter nk balut hadiah free guna wrapper Jusco ada 6 orang sedang mnunggu turn...dengan redha & pasrah...aku q menambah beban encik
Rahimi- Customer care assistant(aku baca kt name tag beliau)...sangat cekap beliau membalut hadiah...tak kira la saiz apa pn hadiah...semua beliau balut dengan cepat dan kemas. Aku pn tak seterer beliau.Ada la 1 kapel ni..depa da siap-siap beli wrapper cantek...pada hemat aku tak cukup selai je wrapper tu...tapi dengan kecekapan encik Rahimi...beliau berjaya membalut hadiah tersebut dengan skillful-nya...terer kan beliau...Ada 1 aunty ni die beli toy ...nak pegi besday party kot...kecek je...dengan sepantas kilat encik Rahimi buat bentuk seperti paper beg...wawawa...aku sangat kagum!!!

Sampai turn aku...aku da tak larat nak rasa kagum kt encik Rahimi..haha sebab lama sangat dok usha beliau membuat kerja balut membalut.Selesai hadiah aku dibalut oleh encik Rahimi, aku berlalu dengan ucapan terima kasih dengan nada yang penoh mesra dan ala-ala sweet...haha sebagai hadiah untuk dia yang telah berjaya menghiburkan aku yang sedang q~

Hopefully encik Rahimi adalah straight, sebab selalunya lelaki yang cekap buat kerja-kerja kewanitaan ni
'sotong' sikit...

Friday, November 28, 2008

K0s0ng~

Pernah tak suatu hari korang online takde pape yang menarek minat

korang???Bukak Facebook takde pape yang latest untuk ditengok..bukak

Friendsters takde pape yang perlu diamik tahu...blog-blog yang korang follow

semua pun takde entri baru....


KOSONG~

Thursday, November 27, 2008

Sharing is caring 1

Sekadar berkongsi dengan rakan-rakan sekalian so saya(untuk entri sharing & caring kene guna 'saya' hehe) decide every thursday @ friday saya nak sharing apa-apa ilmu agama(yang runcit-runcit ni...tapi da refer pada yang pakar) @ peringatan untuk kita semua....sekadar tanggungjawab sesama islam =)

Ayat seribu dinar...masa dulu-dulu(time sekolah agama kt kajang) tiap kali pas semayang fardhu berjemaah kiterang mesti baca ayat kursi dengan ayat seribu dinar...1st time kene baca terkumat kamit la mulut ni nk ikut rentak....tapi nama pun wajib hafal..so lama-lama terhafal...ayat seribu dinar ni sebenarnya ayat 2 & 3 surah attalaaq. Sori la ye tk dpt display ayatnye sebab tkde scanner kt umh ni...cari kt tenet pn tidak berjaya.Nanti bila2 saya upload ye. Dalam pada kita berusaha kt dunia mencari ilmu & rezki elok jugak kita amalkan tiap-tiap hari lepas solat(jangan dok gantung saja kt dinding rumah)... Semoga Allah mudahkan rezki yang baek untuk kita semua =)

Makna ayat 2 & 3 surah attalaaq:

Barang siapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan ke luar. Dan memberinya rezki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan(yang dikehendakiNya). Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.



Ni adalah hasil buat labwork kt Jusco ;P

1) Rapi mag & ubat alergik yang murah sikit dari zyrtec(nama dia adezio)



2) Cd Ramli Sarip...huhu Qieqi ade kawan baru skang ni =) Nanti bila2 aku ulas tentang cd ni....





3) Aktiviti book untuk Dum-dum...mesti die suke...boleh kaler2,tampal2,lukis2 ikut garisan putus-putus and last yang paling die suke sebab banyak kereta&truck&bulldozer(camni ke eja die??) Niat di hati sebenarnye nak beli can you remember me(sophie kinsella )..kalau tkpun nk beli tunas(hlovate )...takpe la sebab da beli cd Papa Rock...so novel tunggu bajet next month pulak...lagipun i'm quite bz now...dis wiknd ade neighbour kawen..nk p sepital tengok mak lang dan lain-lain hal yang mungkin akan berbangkit~

Selamat Hari Khamis~

Baru hari kames ke???Lambatnye nk cuti wikend..Seperti biasa, hari ni mood malas...hahaha pagi tadi bangun lambat , dok menung syiling kt bilik sambil plan nk buat ape harini...nk buat labwork....tapi MALAS...huhu pastu bangun check email,....yadi yada...da pukul 1++ klua umh p Jusco..pena dengar tk hamba Allah mane yang buat labwork kt Jusco????hahaha
t malam aku letak pics ape yang dibeli...now i'm alone at lab..sorang makhluk pn takdak..kene tunggu glassware kering nk prepare chemical tok esok(sebenanye nk tunggu pukol 5 nk dating dengan en.sham tukang repair printer)

Wednesday, November 26, 2008

kenapa blog????

sebenanye..aku da lama nk buat blog tp disebabkn ketak yakinan diri...maka nilah jadinya...for the 1st entry..2nd actually...nk list knape ak buat blog:

1) sbb suka monolog sensorang,berangan sorg2,nyanyi sorg2...daripada jd mcam org gila cakap sorg2...baek aku tulis kt blog. Slalunye kalo klua ngn Qieqi aku mesti nyanyi2 sorang diri dgn penoh pasaan apatah lg bercakap sorg2...cam org gila pn ade...tp peduli hape aku...

2) kerna abg merepek selalu cakap life aku adalah dull....haha memang pn...kalo bukan aku yang nk gerakan budak2 ni..alamat tk beraktiviti la kiterang....aku tk suke life sekarang ni...dulu2 best...stay kolej melambak gile aktiviti daripada seringan2 aerobik sampai la ke seberat2 rugbi...klu tk join pn jadi pom2 gurl....sambil menyelam ..minum air..hahaha usha jangan tk usha...masa final year lagi best..turun majlis lambat(bagi lepas nyanyi lagu upm,kolej,etc...ucapan2 yg bosan) lepak kt seat blakang, nyembang.......aku rindu seme tu :(
nanti bile2 aku suka, aku cerita tentang kolej ak....

3) coz i feel like to write~enaf reading...hehe bajet cam bagos la ;P betolll..aku sangat lame da jadik silent reader si jebon..pipi..miss bayne...abg ak...(malas nk link2 blog mereka...mahu tengok??sile clik kt part suke). Pada aku...blog yg bes tk semestinye kene ade isi yang ngetop...tapi mesti menjadi 1 hiboran..kire cam bila baca blog aku happy..ok la tu...ermm tp tk ske blog yg banyak ayat...yang banyak sangat diary pn tk bes..kalu nk wat macam diary better letak gambo banyak2..klu gambo lawo guna camera slr lagi mnyejukan hati naluri..kan??next entry aku try letak gambo k..tapi bukan guna camera slr..saya adalah tak kaya~

4)Last skali...sekadar hendak memeriahkan suasana & diri sendirik *wiiiee*

Tuesday, November 25, 2008

!@#$%&*&^%$#!!!!&*&^%$#!!!

in progress.....aku tkde mood senanya nk wt blog...tp ak rs ni je cara tok melepas gerammmmm.....meluat!!!
sekian~