Tuesday, March 6, 2012

TERASA

Bila penat tak larat nak melangkah, pening kepala macam ni

TERASA nak amik cuti panjang...tak bergaji pun takpe tapi sape plak nak bagi makan minum

TERASA nak pitam sorang-sorang dalam lab lepas tu biar semua orang rasa besalah sebab aku pitam sorang-sorang kat lab

TERASA nak cepat-cepat bulan 8

Sunday, February 19, 2012

mhmmm fesbuk lagi~




macam biasa amik kt fesbuk kawan-kawan share ;)

Friday, February 3, 2012

Ohw it's been a year. Time flies so fast~.Alhamdulillah.

Ketika Zunnun al-Misri menziarahi seorang ahli sufi yang sedang terlantar sakit, ia terdengar daripada mulut sufi itu rintihan. Maka berkata Zunnun kepadanya:
“Tidak hakiki cinta seseorang hamba kepada-Nya apabila dia tidak bersabar atas pukulan-Nya.”
Seketika itu juga sufi itu menjawab:
“Yang sebenarnya ialah tidak hakiki cinta seseorang hamba kepada-Nya apabila dia tidak MENIKMATI pukulan-Nya.”

(Cut & Paste Majalah Solusi #33)

Macam biasa copy paste status seseorang kat fesbuk...aku nak share jugak menda ni coz sangat kagum dengan tabahnya seorang kakak dalam menempuhi dugaan hidup. I miss u kakak.Semoga panjang umur kita jumpa lagi ek.

Thursday, January 26, 2012

Sakit mental ke hape?!

Aku copy paste ayat kat bawah ni daripada wall sorang budak tak abes sekolah tapi sebok nak bercinta...tak paham aku sakit mental ke apa budak ni? tak boleh ke dia tulis elok-elok skit.Dah la kecik-kecik dah gatai nak bercinta..tau dak panjang lagi hidup ko?! daripada sebok nak bercinta-cinta baiklah pergi belajar, berkawan-kawan, beriadah, berrekreasi, bersukan, belajar masak menjahit segala...haihhsss budak-budak zaman skang T_T

aQuwh slal0o bkk wall kaw..
taw ta npew?
cuz aQuwh wndu kaww.
aQuwh slal0o post at wall kaww,,
taw ta npew?
cuz ayt2 n lgu2 uh mmg khas wt kaww..
and aQuwh tataw smpy skunk kaw hrgai aQuwh or taa..!!
(m0od sdeh.:ase na nges je.!!)

Saturday, January 21, 2012

Madu

Akibat lupa makan madu ketika wikdays yang membencikan ialah muntah...
Akibat muntah ketika seorang diri kat lab menyebabkan nak blah cepat-cepat tapi tak dapat sebab budak-budak ni lembab
Akibat nak blah tapi tak dapat maka perut berkeroncong, drive keta macam bese, tetiba masuk parking boooom!langgor kete orang T_T aiseymemenmen ;(


p/s: iyad dah balik johor :( rindunya tak jumpa iyad 3minggu...yoyad jangan sombong-sombong dengan kitarang tau!

Thursday, December 22, 2011

crowning&outstanding achievement

hahahahahahaha giler hiperbola crowning+outstanding! ;P

wikend aritu aku jumpa si dila teman selingkupan masa kat maktab dulu dengan adik dia rina kot nama dia kalau tak salah...lama tak jumpa dila.Last jumpa 2006 kot???borak-borak pasal kawan-kawan, pasal cerita-cerita lama + kerja+ result PMR nak keluar khamis ni. dan dan tu aku dengan dila serentak cakap kat adik dia rileks ah...PMR je pon, kalo dapat 9A PMR, SPM melingkup tak guna jugak hohoho sebab aku dengan dila sama sebijik naseb kiterang(tatau nk suka ke sedih tapi ni la hasilnya hehe)

Tajuk kat atas tu aku amik kat status fesbuk kawan-kawan yang mana adik-adik dorang dapat straight A's. Semoga berjahayalah hendaknya ;) bagi yang result tak berapa tu...rileks je tayah frust menonggeng ke apa....hidup ni panjang, berjaya gagal tu lumrah kehidupan ;) yang penting amik pengajaran.

ps: Alfatihah untuk arwah Irwan.Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman...Amin~

Tuesday, December 20, 2011

Gratitude

Sifat paling sihat yang patut ada pada semua orang ialah bersyukur. Saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang bersifat 'emphatic listener'.Bila masing-masing ada masalah boleh luah rasa kak esah dengan berasa lega. No judging, no suggestion & the most important is act like miror.....sampai satu tahap rasa nak berpelokan sebab kawan kita tu boleh simplify apa yang kita rasa dengan sangat tepat!

Dah nak abes 2011....MACAM-MACAM jadi!Semoga semua yang dah lepas mematangkan diri. Harapnya tahun depan dapat kerjaya yang berbaloi dunia akhirat, lebih ceria+selamat persekitaran/keadaannya dan kesempatan nak berubah jadi hamba yang baik+istiqomah.Lain-lain tu seperti ngongoian biasa dalam doa.