Thursday, December 22, 2011

crowning&outstanding achievement

hahahahahahaha giler hiperbola crowning+outstanding! ;P

wikend aritu aku jumpa si dila teman selingkupan masa kat maktab dulu dengan adik dia rina kot nama dia kalau tak salah...lama tak jumpa dila.Last jumpa 2006 kot???borak-borak pasal kawan-kawan, pasal cerita-cerita lama + kerja+ result PMR nak keluar khamis ni. dan dan tu aku dengan dila serentak cakap kat adik dia rileks ah...PMR je pon, kalo dapat 9A PMR, SPM melingkup tak guna jugak hohoho sebab aku dengan dila sama sebijik naseb kiterang(tatau nk suka ke sedih tapi ni la hasilnya hehe)

Tajuk kat atas tu aku amik kat status fesbuk kawan-kawan yang mana adik-adik dorang dapat straight A's. Semoga berjahayalah hendaknya ;) bagi yang result tak berapa tu...rileks je tayah frust menonggeng ke apa....hidup ni panjang, berjaya gagal tu lumrah kehidupan ;) yang penting amik pengajaran.

ps: Alfatihah untuk arwah Irwan.Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang beriman...Amin~

Tuesday, December 20, 2011

Gratitude

Sifat paling sihat yang patut ada pada semua orang ialah bersyukur. Saya bersyukur kerana mempunyai kawan-kawan yang bersifat 'emphatic listener'.Bila masing-masing ada masalah boleh luah rasa kak esah dengan berasa lega. No judging, no suggestion & the most important is act like miror.....sampai satu tahap rasa nak berpelokan sebab kawan kita tu boleh simplify apa yang kita rasa dengan sangat tepat!

Dah nak abes 2011....MACAM-MACAM jadi!Semoga semua yang dah lepas mematangkan diri. Harapnya tahun depan dapat kerjaya yang berbaloi dunia akhirat, lebih ceria+selamat persekitaran/keadaannya dan kesempatan nak berubah jadi hamba yang baik+istiqomah.Lain-lain tu seperti ngongoian biasa dalam doa.

Tuesday, November 29, 2011

Dayong dan terDampar

boleh tak???
nak pergi water rafting...

pergi meninggalkan tanggungjawab,
pergi me-nyah-pedulikan jemputan segala mala,
pergi ditemani rindu duhai mak tersayang(&adek&iyad&lain-lain),
pergi membelakangkan reunion yang riang ria gembira T_T
pergi tanpa sedar diri takdok duit ;(

Nak coklat Daim ;(

Nak beli banyak-banyak, tapi nak murah kena beli kt langkawi ke labuan ke...

Nak pesan kt rimote, tapi tak sempat sebab cikgu balik awai plak.. nak kawen la katakan ;P

Romi tak jadi plak pi hanimun langkawi :(

Nak Daimmmmmmmmmmmmmmmmmm T_T

ada 3jam lagi nak balik tengok la sampai umah takde daim koko crunch jadi galang ganti!

Monday, November 7, 2011

Saya Suka Raya Haji......

sebab ada takbir sampai 3 hari....tp sedih sebab takley semayang tapi alhamdulillah cuti panjang dapat jumpa mak + iyaddddddddddddddd.....haha iyad dah pandai cakap siap nyanyi-nyanyi lagu aci aci bukak pintu nanana pukul 1....haihsss comey sunggoh!
raya haji ni suka tengok orang takbir dari rumah ke rumah...teringat tahun lepas, takbir kat rumah. sunggoh-sunggoh kitarang adik beradik siapkan rumah+prepare makanan tolong mak....kejap je dah setahun ;(

Selamat Hari Raya AidilAdha...semoga baik-baiklah semuanya dalam redha+rahmatNya ^_^

Wednesday, November 2, 2011

Saya seorang cleaner, runner dan 'kitchen' helper~

Alhamdulillah dah ada kerja tapi biasa-biasa je...hahaha ada tapi ;P

satu je aku tak nahan pasal kerja iaitu kena buat menda-menda biochem, bio med-dealing with blood, bacteria, etc. eeeiiiiiuuuuuuuuuu tak tahan ah bau-bau yang haihhhsss nak muntah. bila akak lab officer citer sem ni dah lepas eksperimen yang nak extract apa ntah dari tikus, kena amik organ-organ tikus pastu digest ke apa ntah nama proses tu tak ingat...tak boleh blah ah...seb bek dah lepas.pastu rasa semacam je nak stay sampai malam sorang-sorang kat lab sebab nak tunggu eksperimen budak-budak abes pastu nak prepare ntuk lab esoknya sebab tebayang ada darah-darah dalam fridge mana tau tetiba ada makhluk lain yang minat nak bedamping dengan darah-darah segala tu :(

aku harap akak ni jangan ah benti kerja sebelum aku dapat tukau keje lain ;P

Tuesday, October 25, 2011

Puasa

Hari ni baru ganti puasa sehari...tak larat :(

dalam pada tak larat tu macam biasalah kalau puasa mesti ngidam macam-macam hehe nak kuih puteri ayu, kuih pelita dengan pengat pisang+jagung+sagu...ngidam since sabtu aritu beria cari pisang kat pasar haram tak jumpa ;(

k la...nak ngurusin kain baju dari pagi tak siap-siap..almaklum la mesin manual dengan internet macam biskut kejap ada...kejap takdok dengan sakit lutut turun naik tangga...amik kau dah nak pukul 3!

Saturday, October 8, 2011

Sabtuuuuuuuuuuu

Sabtu yang malas. Dah lama tak malas-malas berdua-duaan hehe. 1st time kot kat umah ni tak buat pape...zero = 0 !tak basuh baju, tak lipat baju, tak iron, tak kemas bilik@bilik air@rumah...tak buat pape kecuali masak tengahari+malam. bulan 6 bizi viva dengan kenduri, julai bizi nak masuk rumah baru, bulan lapan puasa, september raya+kenduri...tup tup dah oktober huhu masaklah kau esok!semoga berjaya kelam kabut hendaknya ;P

Saturday, September 24, 2011

moment~

acececey omputih la plak >_<
sejak 2 menjak ni, layan lagu ni sambil drive balik kat area rumah rasa cambest yang amat sebab dengan lagu ni boleh hilang rasa 'ketaktentuanmasadepan' hehe. Dengan kicauan burung, matahari dah nak tebenam rasa tenangggg je ^_^

Friday, September 23, 2011

C.I.K.G.U

Cikgu kalau waktu kerja dia sama macam orang lain (8am-5pm) maka penoh la hospital sakit jiwa sebab budak-budak zaman sekarang ni macam-macam ada...tapi ikut jugak, kalau dapat sekolah ok, student ok, parents ok...ok kot..kot?

Monday, August 1, 2011

1st time!

1st time bangun pagi-pagi buta, masak sorang-sorang dengan bersunggoh-sunggoh!saya hepi sesunggohnya tapi ngantuk T_T kalo mak tengok anak dia rajin macam pagi tadi, mesti sejuk mata mandang, tak sia-sia mak ajar hehe :P

Monday, July 25, 2011

Lagi-lagi M.nasir~



sebulan! :)))



alhamdulillah <3

Wednesday, July 13, 2011

tak boleh tidur semalam T_T

tak boleh tidur semalam, maka melayan lagu ni;



KepadaMu Kekasih
Aku berserah
Kerana ku tahu Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Apa yang tersirat di hati
Bersama amali

Monday, July 11, 2011

hurmmmm.....

Kata che det :

=> Walaupun pengurusan pilihanraya di Malaysia mempunyai beberapa kelemahan tetapi hakikatnya di Negara ini parti lawan boleh menang. Demikianlah pentadbiran pilihanraya di Malaysia sehingga pada tahun 2008 parti lawan dapat menawan lima buah negeri, satu wilayah dan berjaya mengurangkan ahli Dewan Rakyat sehingga tidak tercapai matlamat dua pertiga seperti yang biasa dimenangi oleh parti Kerajaan.

=> Tidak ada sebab kenapa demonstrasi perlu diadakan di negara ini. Wakil Rakyat parti lawan begitu ramai. Jika kajian perlu dibuat berkenaan undang-undang dan pengurusan pilihanraya, peluang yang banyak terdapat dalam dewan-dewan untuk membangkit dan membahas perkara-perkara ini. Tetapi peluang-peluang ini tidak digunakan sepenuhnya. Sebaliknya demonstrasi hendak diadakan. Apa tujuannya? Membersihkan pilihanraya atau mencuba memburukkan imej parti Kerajaan.

Kata aku:

=> pesal dorang nak guna stadium merdeka gomen tak kasi??!!tengok 10k orang melata kat jalan. yang ruginya kita jugak. yang busuknya Malaysia jugak..haihhs :(

Kata kak nurul : dan hari ini, aku bersedih. kerana yang ramai ditahan di pulapol, adalah mereka, yang pertama itu. sedangkan, bukankah perjuangan ini sepatutnya mereka laksanakan, bersama-sama, tanpa mengira warna?

Kata Inda : 1) Bina tapak ilmu dan kefahaman yang kuat. Kita mahukan orang-orang yang menyokong dan mendokong dengan ilmu bukan semangat semata-mata.
2)Bagi yang belum mendaftar sebagai pengundi, daftarlah segera (^^)b

Tuesday, June 7, 2011

Udang sama udang



takde kait ngait pun lagu tu...saja tepek bagi meriah sikit sesi stadi last minit bersama konah. Nak cite pasal penangan udang je sebenarnya....dah 2minggu kot dok pulun pi kenduri kawen...asal nikah malam je mesti makan udang...asal kenduri kawen je mesti ade cendol..hah!mendapat la alergik datang lagi dengan pakej lengkap batuk-batuk segala.Tahniah! Dengan cuaca panas sepanas panasnya, period dan segala kerja-kerja lain semoga berjayalah hendaknya viva ko nanti!

Sunday, June 5, 2011

Mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

hurmmmm.....tatau cane nak mula tapi title post tu kredit untuk taza & blog ni...taza&haizum semoga dipermudahkan urusan korang ke jinjang pelamin^_^

mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna...dalam ayat ni, tapi:
<1> kalau nak tunggu kita jadi sempurna so that kita dapat pasangan hidup yang sempurna tu namanya tak ikhlas jadi baik
<2> sempurna sangat ke kita ni nak orang yang sempurna???
<3> takda orang yang sempurna pun kat dunia ni...kita bukan nabi@malaikat

kesimpulannya:kita semua takde yang sempurna serba serbi, jadi kita&pasangan kita kena belajar mencintai dengan cara yang sempurna sebab kita semua tak sempurna (hahahahaha tebalik-tebalik ayat je pun ). Tak kira la apa pun kesilapan, defect etc; bak kata the notebook of love : If you judge me on what I did in my past, then you don't belong in my future. So, kena selalu ingatkan sesama sendiri: I can't promise you a perfect relationship, but what I can promise you is that as long as WE're trying, I'm staying.

Ada orang kata life is about making choices and decisions....tapi, kita kena ingat sebelum datangnya pilihan, kita selalunya ada kesempatan...jadinya hidup ni tentang kesempatan (yang Allah bagi), pilihan & keputusan yang kita buat.

Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat, Itulah kesempatan. Bila kita memutuskan untuk mencintai orang tersebut, Bahkan dengan segala kekurangannya, Itu bukan kesempatan, itu adalah pilihan.

Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna untuk dicintai TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna.

dis wik aku:
1] stress pasal viva, takut, resah gelisah segala
2] sedeh tak dapat tengok orang lubuk sireh menikah...sedeh sangat-sangat ;( lalink+song...semoga bahgia ke akhir hayat, syurga dan selamanya ;)
3] hepi ntuk shyda+zali....semoga bahagia hingga ke syurga ^_^ (oh, btw takde la, la senza sangat guest book ko tu ;p )
4] rasa besyukur sangat dapat jumpa kawan-kawan kat kenduri shyda...ni tahap lebih dari hepi...aku sayang korang ;( <= tetiba sedey jadah apa tak tau pompuan ni haihhss

Akhirul kalam, bak kata I love islam; Tidak ada kebetulan di dunia ini yang kebetulan.. Semuanya telah diatur dengan sangat rapi oleh Allah. Marilah kita doa mintak kita jadi hambaNya yang tabah dalam setiap dugaan, redha dengan setiap ketentuan & bersyukur dengan nikmat yang ada.

p/s: yang penting kita enjoyyyyyyyyyyyyyyyy ^_^

Wednesday, June 1, 2011

Nyanyian serambi~



Mari let's jom nyanyi bajet dok kat serambi, hayun-hayun kaki tejulur ke bawah(dah duduk kat serambi boleh ke nak terjulur kaki bagai???duduk besila sudah), di buai angin pantai...ceceyyy gembiranya beliau banyak lagi nak kena baca ni weyh!

Tuesday, May 31, 2011

Doa mengubati stress

aku stress yang amat nak viva ni ;( rasa macam nak spm dulu-dulu...harap-harap result tak teruk macam spm :( harap-harap kali ni macam masa kat matrik dulu...stress sampai nak klua matrik, amik diploma tapi sebenarnya result ok je...semoga baik-baik sajalah semuanya ;)

Doa Buat Mengubati Perasaan Duka Atau Stress

اللهُمَّ إِنِّي عَبْدُكَ ، وَ ابْنُ عَبْدِكَ ، وَ وَ ابْنُ أَمَتِكَ ، نَاصِيَتِي بِيَدِكَ ، مَاضٍ فِيَّ حُكْمُكَ عَدْلٌ فِيَّ قَضَاؤُكَ ، أَسْأَلُكَ بِكُلِّ اسْمٍ هُوَ لَكَ ، سَمَّيْتَ بِهِ نَفْسَكَ ، أَوْ أنْزَلْتَهُ فِي كِتَابِكَ ، أَوْ عَلَّمْتَهُ أَحَداً مِنْ خَلْقِكَ ، أَوِ اسْتَأْثَرْتَ بِهِ فِي عِلْمِ اْلغَيْبِ عِنْدَكَ ، أنْ تَجْعَلَ القُرْآنَ رَبِيعَ قَلْبِي،وَ نُوْرَ صَدْرِي ، وَجَلاءَ حُزْنِي ، وَذَهَابَ هَمِّي

Maksudnya :
“Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak hambaMu (lelaki) dan anak hambaMu (perempuan) . Ubun-ubunku dalam gengamanMu, hukumanMu berlalu kepadaku, Qada’ ( keputusan ) Mu kepadaku adalah adil, aku mohon kepadamu dengan setiap nama yang telah engkau berikan untuk diriMu, atau yang Engkau turunkan dalam kitabMu, atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhlukMu atau yang engkau simpankan dalam perbendaharan ghaib dari ilmuMu, agar Engkau jadikan al-Quran sebagai penyejuk hatiku , cahaya dadaku, pelenyap dukaku dan penghilang kesedihanku”.

Petua Beramal
Sesiapa ditimpa perasaan sedih dan duka , maka hendaklah dia berdoa dengan apa yang dianjurkan oleh Nabi saw ini . Tatkala Nabi saw selesai mengajar doa ini , seorang sahabat bertanya kepada baginda saw : Wahai RasululLah , orang yang lemah adalah orang yang meninggalkan doa ini ? Jawab baginda saw Ya ! sebab itu bacalah olehmu doa ini dan ajarkanlah ia . Sesiapa yang yang membacanya menurut apa yang tersebut itu nescaya Allah swt akan menghilangkan dukacitanya dan memanjangkan perasaan senangnya .

Tuesday, May 24, 2011

Hari ni....

Hari ni adalah hari yang terbaikkkkkkkkkkkkk sebab
1)apek-apek tewah yang jaga langsir haram tak paham bahasa melayu...aku kate bukan scallop..bukan scallop ah! hey customer is always rite!!haihhsss
2)tayar kete buat hal..menci!
3)duit dah abes :( mana nak korek lagi ni...nak pi lubuk sireh bayaq duit bas pakai daun sireh boleh?? tu belum kira hadiah orang-orang kawen, adiah untuk newborn haziq, etc2....waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa nak sugar dedi sorang ;p
4)boleh tak aku nak kata macam serabut ramai sangat orang nak kawen cuti sekolah ni???bederet-deret..tak pegi kang tak sampai hati plak :( tapi patutnya kena pi libry stadi tapi libry tak bukak plak malam...mana cukup siang je...dah la siang banyak menda nak siapkan


iyad tolong stadikan untuk mama ya boleh???

Monday, May 23, 2011

Misi-Misi

Misi-misi ni bukan misi kat hospital-hospital tu...ni misi penting ni!macam misi keamanan dunia ;p sila semangat skit jangan ngengada sangat boleh??

1)Misi Lubuk Sireh
2)Misi bilik viva2,bawak laptop seniri~sila berasa takuttt
3)Misi surgical-mari bukak-bukak baju T_T
4)Misi kawan-kawan kawen-jom melahap lauk kenduri ^_^

Wednesday, May 18, 2011

Nur Kasih The Movie



Mari melayan perasaan macam dulu-dulu

oh!huhuhu
1-hepi besday kema ^_^ kawen jangan lupa jemput ;P
2-semua examiner dah submit report thesis alhamdulillah ^_^ viva paling cepat next wik@paling lambat next 3wik...moh kite ke libry!chaiyuk2

Monday, May 16, 2011

Jerit-jerit eksaited




haihss bila orang jakun terpana tengok bunga banyak-banyak ni lah akibatnya terjerit-jerit eksaited.....best teman bakal-bakal pengantin sevey fresh flower kat bangsar aritu ^_^ sampai la hati rasa tenang, senyum sampai telinga ;)

Saturday, May 14, 2011

yeahh :))))

1) blogspot dah ok
2) ^_^
3) :D

ok bye penat nk tdo sakit kaki menawaf ikea+jln tar

Thursday, May 12, 2011

usaha, tawakal, redha, bersyukur~

-jalan berlobang-lobang-panas-berdebu-debu lori besaq lalu lalang-taktau berhasil ke tak-penat nak jawap soalan-saya tak abes belajar lagi-taktau bila nak viva-takut kena tambah result=labwork-penat nyusahkan ramai orang-takleh semayang-hoki asyik dok kalah(taktau pe kait-ngait hoki dengan emosi ntah)-terjaga pukul 5 layan ungu violet+ada apa dengan cinta-rasa tak tenang-tengok video Dr MAZA ni jadi insaf T_T-







[1]Jika Allah hendak berikan kebahagiaan kepada seseorang,dia tidak boleh di tahan dengan apa-apa tangan sekali pun, Jika Allah menghalang kebahagiaan seseorang, dia tidak boleh dihulur oleh apa-apa tangan sekalipun

[2]Cukuplah bagi kami Ya Allah, dialah sebaik-baik tempat diserahkan urusan

[3]Ya Allah aku serahkan urusan ini kepada Mu ya Allah

dah-dah la sedih, down, tak semangat+negatif; bersyukur,bersabar, semangat sikit, berubah jadi baik sikit ni dok asyik ulang buat dosa yang sama astagfirullah :(

LA TAHZAN, INNALLAHA MA'ANA

Tuesday, April 26, 2011

ALLAH SWT CHOOSES WHAT we GO through,


& WE CHOOSE 'HOW' we GO THROUGH IT
iye berusaha, bersabar & bertabahlah

oh ini si tomiel yoyad bushuk pagi-pagi dah gantung towel kat bahu nak mandi ^_^




ok bye nak sambung bebuat bizi

Wednesday, April 20, 2011

Bila sedih...

Bila sedih...aku suka layan perasaan sedih

Bila sedih..tak semangat aku tak suka orang dok bagi ayat positip sebab aku boleh positipkan diri seniri kalo aku nak, thenks but no thenks

Bila sedih...aku suka divert sedih tu jadi rindu kat kawan-kawan & yoyad

Bila sedih...aku tak kesah kalo tak makan pape(arini baru makan cekodok 3-4ketul + biskut meri 4-5 keping)

Bila sedih...aku suka ulang alik hiway depan rumah ni 2-3round (semalam balik tusyen, amik yoyad pastu bawak dia ukur hiway depan rumah)

Bila sedih...ada baiknya ko pegi semayang ngaji bawak-bawak ngucap!haihhss ape nak jadi ni anak dara sorang ni ntah keje tak, viva tatau bila :(

ok, bye nk semayang asar

Sunday, April 17, 2011

AHAD

Bak kata kak nurul:ahad macam hotdog, panjang, tak sedap dan senang mengecut.
Bak kata aku : ahad bosan,boring tapi senanye banyak mende boleh buat...tapi malas hahahaha

Tuesday, March 29, 2011

Insaf lagi -_-

Dari zaman sekolah sampai la...aku dok prektik doa-doa yang lebih kurang sama supaya aku jadi hamba-Nya yang pasrah, redha dan beserah sampai boleh buat ayat konon-konon puitis:

ku mohon agar aku,

tenang pada setiap kesulitan yang datang,
tabah pada setiap dugaan yg ditimpa,
redha dan pasrah pada setiap ketentuan-Mu

full version kat sini

Dalam pada tak boleh tido semalam..aku jumpa blog yang best & macam biasa copy paste summary dia:

Secara ringkasnya, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah apabila:
1. Kita memohon agar Allah SWT makbulkan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

2. Kita memohon agar Allah SWT jauhkan kita dengan sesuatu yang kita minta jika ia memberikan bahaya atau keburukan untuk agama, kehidupan, diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain.

Maka jika sesuatu itu tidak dimakbulkan, kita telah awal-awal lagi bersedia bahawasanya apa yang kita minta itu tidak memberikan kebaikan untuk agama, kehidupan dan akibatnya untuk diri kita, keluarga kita, sahabat kita dan lain-lain, kita akan lebih redha, pasrah dan berserah.

Ingatlah sekali lagi firman Allah SWT: Iblis berkata: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka semuanya. Kecuali hamba-hambaMu yang mukhlis (berserah kepada Allah) di antara mereka.(QS: Shaad 38:82-83)

When the world pushes you to your knees, You are in the perfect position to pray

title copy paste dari sini ^_^ tengahari remang yang hangat lagi terik tadi, aku dah terpikir nak buat title post ni: penat dengan sandiwara dunia-mainan syaiton-masalah konflik perasaan tapi lepas asar dah redup tetibe insaf -_-

iye bila dah jatuh baru tengadah, baru nak doa lama-lama,sujud lama-lama :(
haihss ape la nk jadi dengan aku ni :(
asta'firullahala'zim...Allaahumma innaka ‘afoowun tuhibbul‘afwa fa’foo’anni. “O, Allah! You are the Forgiving, You love to forgive. Forgive me.”

Make love, not war hohoho tetibe je nk copy paste lepas baca blog ni.Semoga baik-baiklah semuanya.

Thursday, March 24, 2011

Malam yang sepi-pi-pi, Pak Man jual topi-pi-pi

Seperti biasa di kala malam bulan mengambang.....
laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ngidam nak makan macam-macam => [A]
banyak kerja nak kena setelkan tapi takde mood => [B]
takde mood membawa ke bosannnnnnnnnnn => [C]

[A]+[B]+[C]= emo

recap minggu ni yang baru ari rabu tapi dah macam-macam mende jadi :(
1. ade ke patut budak-budak tusyen tu kate aku ajor dorang cepat sangat????!!nak lambat macam mana lagi??orang lain dah ke marikh ko baru nak beli tiket komuter pegi mid vely..haihhsss

2. kena saman parking tepi time square..singgah kejap je pun nak semayang dah pukul 6pm++ pun nak saman-saman :( pun-pun

3. perut berangin krukk krukk krukk sebab brekfes makan pulut sodap..pastu seharian suntuk berangin satu badan tak lalu makan pape tapi dah malam buta ni baru ngidam ngalah orang mengandung

4. lepas pura viva baru aku sedar diri yang aku kene prepare awal-awal sebab aku dah takde geng nak diskas pasal tajuk tesis aku. sebab dorang lain sume dah grad...ni paling haruuuuuuuuuuuuuuuuu jauhnya nak tanya-tanya k.nora & nida pasal microwave-microvawe ni :(

4.1 hidung tesumbat..susah nak bernapas maka susah nak tido

5. ok dah abes part tak best...the best part is pura dah viva yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh lepas dah sorang lega tatau pasai pa aku hepi sangat padahal aku tak setel 1 habuk pun tapi hepi giler untuk pura ^_^

6. iyad balik wikend ni yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ^_^

7. kat time square tadi ada sorang akak ni dia tanya mana nak dapat hendbeg cantik macam aku pakai ni...huhu 1st time!!tatau hepi pasai pa. bukan aku yang design pun beg tu aku beli je pun (dah nak setahun pakai beg ni tak dapat tukar yang baru pun lagi sebab takdok duit+takdok mood nak pilih-pilih)

Monday, March 14, 2011

Mari berangan!!!yeahhhhhhhh ^_^



gambar amik kat sini

hahahaha berangan la ko...ni kalo dah keje pun tak sampai hati nak bayar mahal-mahal....agak-agak ada tak yang murah tapi design sama lebeyh kurang camni...hohooooooooooooooohoi!

ok.bye.tata.tdo lagi baik daripada berangan~

Saturday, March 12, 2011

teka-teki

1) Apa yang senang nak bukak tapi susah giler nak pasang balik???
rail langsir!!! dah la tinggi tak sampai..tido lagi baek

2) Apa benda yang murah berputar-putar tapi salu nyusahkan orang??
rim cover tayar :(

sekian~

Sunday, February 27, 2011

mencari cinta.....

.::bersyukurlah andai memiliki hati yang sering dilukai, kerana dengannya kita belajar menjadi seorang yang lebih mengerti, memahami dan menghargai::. amik kt sini ^_^

Friday, February 25, 2011

Mataku ^_^

Dari tengahari tadi kelopak mata kiri ni berdenyut-denyut :( saje google ada orang kata akan bebas dari kesedihan yang mendalam. Orang-orang tua dulu kala kata tandanya ade orang nak meninggal...mungkin jiran atau sedara terdekat.

Tapi ada orang kata haram mengatakan sesuatu itu adalah alamat/petanda.
Doa Rasulullah s.a.w:

"Ya Allah, tidak adalah sebarang petanda, tetapi yang ada ialah pergantungan kepada-Mu, tiadalah yang baik selain kebaikan dari-Mu, dan tidak ada yang layak disembah melainkan-Mu."

Mari baca doa:
(Allahumma laa toira illa toiruka wa laa khaira illa khairuka wa laa ilaha ghairuka)

(Ahmad 2/20, ibn as-sunni #292, al-ahadith as-sahihah #1065)

Tapi ada orang lain kata dalam istilah perubatan ia disebut sebagai 'blepharospasm' yang bermaksud 'involuntary contraction of orbicularis oculi' & puncanya: 'idiopathic' yang bermaksud 'tidak diketahui atau masih belum dijumpai'. ia akan lebih teruk jika kita stress.

Ye kot stress tu la sapa ntah soh gatai nak kawen awai..pandai-pandailah urus sume menda ikut bajet mini..jangan ngada-ngada nak beli barang branded..lantaklah orang len nak kata apa..orang len nak beli apa <=cubaan untuk positip!!! yeah :) tapi heran masa stress buat tesis dulu tak macam ni pun..hmmm pape je lah.Mari berdoa lagi sekali: rabbi yassir wa la tuassir aminnn

Friday, February 18, 2011

layankan je ^_^



tanya sama hati pernahkah merindu,
tiba masa lena apa mimpimu,
masa berjauhan apa nan dikenang,
bila difahamkan itulah sayang..

Sunday, February 6, 2011

[jatuh.bangun]

kita hanya mampu berusaha dan berdoa untuk semuanya menjadi baik, tp Allah yg menentukan baik @ buruk akhirnya dan setiap sesuatu kejadian itu ada hikmah yang tersirat..hiduplah dengan sabar dan redha dalam keredhaanNya dan bersyukurlah dengan segala kurniaanNya~

Saturday, February 5, 2011

kopi paste

Gadis Pelangi

Benar, aku gadis pelangi
Hadirku bersama indahnya warna-warni

Tapi, aku gadis pelangi
Pada tiap sinar mentari
Akan ada gerimis membasahi bumi

amik kat puisi pantas pendek

Wednesday, January 19, 2011

Di malam yang hening~

yeahhhhhhhhhhhhh!!!!!!
dah khatam sume video Jon Schmidt kat youtube..maka terus berangan nak blaja men piano esok ;)

haihhh manusia cuba ko pasang niat nk belaja tajwid bagi khatam quran lagi pekdah :(

Thursday, January 13, 2011

Kalau ada jodoh......

Bak kata orang-orang tua...kalau ada jodoh tak ke mana (mmm)
positip-positip untuk melawan hati yang sensitip

positif untuk meriahkan hidup dengan daisy path ntahpape (pathetic kan huhu)
positif untuk tak banding-bandingkan dengan orang lain yang dah keje, dah kawen tapi tak keje,dah kawen dah keje, dah beranak pinak, dah betunang dan ber-ber yang lain

positif lah selagi larat sebab lain orang lain takdir, qada dan qadar

ok.selamat malam.nak mimpi-mimpi indah.indah-indah saja sebab dunia sebenar semua pun :(

apa-apa je lah

Monday, January 10, 2011

Monday, January 3, 2011

Aku Tanpa CintaMu



#
Mengapa cintaMu tak pernah hadir
Subur dalam jiwaku
Agarku tetap bahagia
Tanpa cintaku tetaplah Kau di sana
Aku tanpa cintaMu
Bagai layang-layang terputus talinya

Telah ku mungkiri janjiku lagi
Walau seribu kali
Ku ulang sendiri
Aku takkan tempuh lagi
Apakah kau terima cintaku lagi
Setelah ku berpaling
Dari pandanganMu
Yang kabur kerna jahilnya aku

Masihkah ada sekelumit belas
Mengemis kasihMu Tuhan
Untukku berpaut dan bersandar
Aku di sini kan tetap terus mencuba
Untuk beroleh cintaMu
Walau ranjaunya menusuk pedih
#