Wednesday, July 29, 2009

komen dari status fb saya yang sangat inspiring

sangat negative, moral down, paranoid, tak semangat, heartless, emotionless, jerawat banyak...argghhh seme r yang berunsurkan api!! lebih kurang gitu la status fb aku petang tadi. Banyak lagi yang aku nak rungutkan tapi sesungguhnya kata orang merungut memendekakn umor..hehe betul ke???haihssss. Status tersebut mengundang pelbagai reaksi. Thanks kawan-kawan .: xoxo :. sayang korang semua. Dan kat sini aku nak share komen Pura.


"peluang sering datang terselubung dalam bentuk kemalangan/kekalahan sementara."

"Diamnya kepompong bukan suatu yang statis yang tanpa hasil, tapi adalah contoh kesibukan seekor ulat yang mendambakan sesuatu keindahan dengan kepasrahan kepada Tuhan Yang Maha Kuasa. Dalam diamnya mengakui segala kelemahannya....

Apa yang terjadi kemudian? Tuhan memberikan hasil yang sangat menakjubkan. Ulat yang tadinya menggelikan itu berubah total menjadi kupu nan indah dan diidamkan kedatangannya oleh bunga, pohon dan dahan-dahan hutan yang merindukan lentik-lentik kaki dan ciuman sang kupu.

Tuhan Yang Maha Kasih memberikan pelajaran yang cukup menarik. Ulat telah melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil. Namun, kita seringkali meragukan usaha kita dan prematur memikirkan hasil atas usaha kita.

Mari kita melakukan apapun yang kita yakini kebaikannya, JUST DO IT dan YOU WILL SEE THE AMAZING RESULTS."

Sunday, July 19, 2009

Jaga hati, jaga iman, hati-hati dengan hati~

Janganlah terlalu bebankan hatimu dengan kesungguhan hati.Hiburlah dirimu dengan perkara yang ringan dan lucu.Kerana bila hati terus di paksa dengan memikul bebanan yang berat, maka ia akan menjadi buta.(Sabda Rasulullah S.A.W)

petik daripada sini

Monday, July 6, 2009

Hari merasa tua

Isnin yang panas di sebuah universiti penyelidikan,

.: 1:.
gadis yang kelihatan rushing: KAK, dk5 kat mana???jauh tak?
AKAK yang kelihatan 'muda': dekat je kalau nak jalan kaki tapi takut awak sesat pulak...baik awak naek bus je..turun kat depan library.

.:2:.
miss x : excuse me...where is the nearest bus stop??
AKAK yang tengah lunch kat gazebo :just go straight & cross the road
miss x : ~senyap~ macam blurr je..mebe sebab takde orang kat bustop tersebut
AKAK yang tengah lunch kat gazebo : panas ni memang takde orang tunggu bas kat situ...u tunggu bawah pokok tu (sambil tunjuk arah pokok padahal bukan nampak pun dari tempat aku makan tu)

.:3:.
kelihatan sekumpulan gadis-gadis berjalan huru hara,
wakil gadis-gadis: hrmm..akak, kat mana kami boleh semayang????
AKAK yang rushing nak setelkan yuran(sebab baru tau dateline bayar 19hb...seb bek dapat bajet mini ) kat bendahari : hurmmm..sambil pikir..mana surau paling dekat...blablablablabla [dalam hati: da pukul 4.10pm ni..mesti nak semayang zohor budak-budak ni..seb bek jumpa akak yang baek hati]

.:4:. dalam lif
gadis ayu berbaju kurung : akak nak pergi tingkat 4???
AKAK yang selekeh pakai jeans n tshirt lusuh: yup...???
gadis ayu berbaju kurung : akak tau tak bilik prof M kat mana??
AKAK yang selekeh pakai jeans n tshirt lusuh: ikut akak nanti akak tunjuk bilik prof.......

hahahahaha..semua pun panggil aku akak..nampak sangat la aku ni dah tua ;P

Al-Fatihah untuk arwah Mak Ngah..semoga roh di cucuri rahmat.
Kalau tak salah: Dari Saidina Ali; sekali nafas ditarik, selangkah selangkah menuju ajal <= amik kat fesbuk naza