Saturday, January 31, 2009

Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume I

weyh lambat lagi ke?? mesej aku send kat Serip sambil tangan kanan suap laksa. Kejadahnye dok sorang-sorang kat mapley!!! rungut aku sorang diri (dalam hati je tak klua kat mulut pn tak pasal-pasal ane buat air ingat aku gile plak ). Elok laksa sepinggan abes baru tepacul muka dak-dak betuah ni. Borak-borak kejap sambil tangan dok laju buat food tasting nasi goreng ayam kunyit Zira (hoho naseb la sape soh korang sampai lambat ) pukul 7.20 elok-elok muazzin ready nak azan aku blah balik umah rushing, tapi meter Qieqi tak sampai 100++km/h pn. Ade important mission pas maghrib ni...

Actually aku tak eksited pun nak p DBP tok tengok Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume I coz da lama aku tak tengok teater (last time tengok kat UPM teater interkolej sapot kolej-mate) tapi ternyata berbaloi aku rushing-rushing balik tadi + abang drive ikut shortcut. Sekadar memetik review mereka-mereka ini :

Abang ;
Sesuatu yang dekat dengan kita tanpa disedari.

Rajan ; menonton Teater Kompilasi Vol: 1, mampu diam sahaja, so called kepuasan/impak yang aku rase.

Marissa ; Teater ini memang hebat.

Jom tonton Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume I



Info lebey lanjut boleh klik sini





wif zizi zulkifli (dimana joe jambol????)

Wednesday, January 28, 2009

Jam@ jem

Padan muke 2x kata aku dengan penoh gembira melihat kelibat kereta-kereta durjana potong Q kena saman dengan pak polisi....Lek r semua orang pun nak sampai rumah cepat.....sampai rumah dari johor pukol 11++ suda...tak kesampaian hajat nak tengok tv3 ade cite Rob B hood =(

Kalau aku dok bonceng motor dengan motor w** ****sure sempat tengok cite tersebut (dari ayer keroh kami seiring sejalan tapi sampai senawang jam gilos so encik motor tersebut menunjukkan skill merempit beliau) Gilak r tiap kali cuti mesti nak jam. Kalau nek motor besar senang2 je bawak laju2 selit kiri kanan. So untok menhilangkan rasa kuciwa layan je la Unggu Violet kat AstroRia...1st time tengok layan gak la...Penulis skrip cite tu sape ek??best la ayat-ayat die

Kita selalu mencuba untuk menghargai hidup agar lebih bererti~

Angin akan selalu membawa lagenda cerita kita yang selalu berakhir bahagia~

Meskipun kecil, tapi embun petanda datangnya siang~

Thursday, January 15, 2009

Wednesday, January 14, 2009

Param~

Aku tak tahu kalau kamu perempuan-perempuan di luar sana rasa apa yang aku rasa pabila berpuasa ganti di bulan selain ramadhan......Aku rasa setiap daerah perlu ada bazar ramadhan macam biasa (macam bulan ramadhan = param)

Cuba bagitahu aku kat mana nak cari kueh pelita yang sedap menjilat sudu selain daripada kat bazar ramadahan???Bukan itu aje...Aku jugak nak karipap goreng panas yang sedap walaupun berminyak tapi inti dia sangat mashyuk...ha lagi satu, mana nak cari popia basah bersambal tak bape pedas tapi cam dahsyat sedap die????

Aku rasa aku perlu usulkan kt Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk anjurkan bazar sebegitu setiap hari khamis (sebab hari khamis paling ramai rajin ganti puasa) untuk kebahgiaan perempuan-perempuan sejagat!!!!

ya...hidop kueh pelita, karipap dan popia!!!!!


p/s: aku mahu laksa johor jugak.....huhu

Sunday, January 11, 2009

Hanya dengan RM20

Setelah melalui minggu-minggu yang sedikit kesempitan hidop akibat daripada membayar yuran semester ini, tinggallah duet-duet bewarna biru sahaja (seringgit ye bukan lima puluh ringgit haha) tapi agak tebal juga lah ;P

Berbekalkan duet-duet biru yang agak tebal serta duet bekal daripada ibunda tercinta, aku menggatal mengajak jr aku Zira ke stadium bukit jalil untuk menonton final badminton super series 2009 malaysia open dan semestinye untuk menyapot datuk chong wei....kami amik seat yang agak tinggi(seswai dengan harga tiketnye) tapi ok je view dari seat tersebut...huhu statement nak sedapkan hati ;P As expected, chong wei menang 21-14, 21-13...syabas =) owh lupe plak lawan chong wei ialah player dari korea park sung hwan.

Ok moh la kite layan gambo snap guna camera biase...kelihatan sedikit semut(ok ramai-ramai tadah tangan doa supaya saye dapat camera dSLR sesegera mungkin)


Kami blah dari stadium bukit jalil semasa acara double perempuan berlangsong, korea vs china. Niat di hati memang nak tengok semua acara tapi ntah macam mana ntah boleh pulak balik awal sikit...huhu siap boleh sambung tengok men double kat umah live at astro super sport. Dekat je pn umah aku dengan bukit jalil tu yang sempat tengok ;P

Maka lengkaplah cuti wikand ni...esok melambak labwork nak buat~chaiyok!!!

Thursday, January 8, 2009

Boikot israel & us goods

Sila klik laman web di bawah untuk maklumat-maklumat berkaitan barang-barang israel & Us :

Sini , Sini dan Sini lagi

Wednesday, January 7, 2009

Sarikei terletak di Sawarak

Aku ade seorang girlfren bernama Shashiru.Kami adalah sangat close.Senang susah kami sentiasa bersama.Kalau aku sedeh, aku rujuk die dan sebaliknya(walaupun kami berjauhan).Kalau kami gembira.Kami gembira bersama-sama dengan rakan-rakan laen

Semoga dia tabah menjalani kehidupan baru di Sarikei sebagai pendidik yang berjaya.Tak sabaq nak tengok gambaq2 dari Sarikei(esp pineapple festival) cepat weyh aku tunggu kemunculan blog @ fotopages hg =)

p/s: Girlfren = kawan perempuan~

Tuesday, January 6, 2009

Tanggungjawab sesama islam

di kala badan lesu mata dah kuyu sambil layan house(axn)...tetibe abah tuka awani ade tun dr mahathir di wawancara oleh aswad(die ni sebaye dengan aku tapi sangat laaaa matured)
dan tetibe je aku jadi segar bugar dek kerana tajuk perbincangan yang sangat menarek perhatian..tak laen tak bukan tentang palestin.....Kesimpulan daripada wawancara tersebut ialah kita sekadar mampu untuk memboikot barang-barang US & Israel laknatullah sebab kita(negara islam) tak cukup unite & terlalu bergantung dengan ekonomi amerika laknatullah dan banyak lagi alasan-alasan laen yang aku pun tak bape paham.

Marilah kita bersama-sama berdoa agar
: semangat juang pemuda-pemuda di Palestin terus membara dalam pada kekurangan yang ada pada mereka
: ibu-ibu tunggal yang baru kehilangan suami di medan perang mampu untuk melindungi anak-anak kecil yang tak pernah kenal apa itu Ps2, ben 10, wonder pet etc2...

Sekadar menyahut seruan yasmin ahmad untuk post kali ni kita tonton video di bawah :






Repost dari entry sebelum ni,

PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.my

Monday, January 5, 2009

MERCY Malaysia appeals to the public to donate to the PALESTINE RELIEF FUND

MERCY Malaysia has initiated an emergency response assessment team on the 30th December 2008 to Egypt in response to the humanitarian crisis resulting from the Israeli attacks on the Gaza Strip, which has killed more than 300 people and wounded more than 1,500 people.

The team, aimed at conducting a rapid assessment of the humanitarian needs, will be led by MERCY Malaysia President Datuk Dr. Jemilah Mahmood and EXCO Member Norazam Ab Samah.

We appeal to concerned Malaysians to send in cash donations.

MERCY Malaysia's basis of assistance to the beneficiaries relies on the support and generosity of individuals such as you to contribute to the PALESTINE RELIEF FUND.

It will support our efforts to procure emergency surgical kits, additional medicine and hospital equipment which will be channeled to the affected communities in Gaza.

PALESTINE RELIEF FUND

Cheque payable to MERCY MALAYSIA
CIMB Account No : 1424-000-6561053

For more information please contact 03-2273 3999 or email us at info@mercy.org.my

Amik dari sini

p/s: ayoh menderma kawan-kawan!!! Ini aje yang dapat kita sumbangkan...tak perlu tunggu duet berkepok...derma seikhlasnya.Korban sikit duet lepak mapley, duet tengok movie, jalan-jalan etc =)

This e-mail address is being protected from spam bots, you need JavaScript enabled to view it

Friday, January 2, 2009

Milo yang boleh menghilangkan stress~

Milo ini tak didatangkan dengan packing kaler hijau tulisan merah, Rupe paras dan fizikal beliau bukan bewarna coklat, Yang pentingnye milo ini bukab saja boleh menghilangkan stress....malah menggembirakan hati yang sedang sunggul.


Beliau yang dimaksudkan ialah....

Milo Ventimiglia

Aku jatoh chenta dengan mamat ensem ni mase tengok gilmore girl 1st time mase zaman-zaman sekolah lagi...Pastu bile klua Hero....aku
Jatuh cinta lagi Tak tau nape aku tulis sal En.Milo nieh...mebe sebab beliau klua kt The Bonnie Hunt Show , October lepas dan semestinye sebab die sangat ensem dan cool dan best dan sebagainye =)








Gambar amik kat sini dan sini

Selamat Tahun Baru semua....