Showing posts with label mellow. Show all posts
Showing posts with label mellow. Show all posts

Tuesday, March 6, 2012

TERASA

Bila penat tak larat nak melangkah, pening kepala macam ni

TERASA nak amik cuti panjang...tak bergaji pun takpe tapi sape plak nak bagi makan minum

TERASA nak pitam sorang-sorang dalam lab lepas tu biar semua orang rasa besalah sebab aku pitam sorang-sorang kat lab

TERASA nak cepat-cepat bulan 8

Saturday, January 21, 2012

Madu

Akibat lupa makan madu ketika wikdays yang membencikan ialah muntah...
Akibat muntah ketika seorang diri kat lab menyebabkan nak blah cepat-cepat tapi tak dapat sebab budak-budak ni lembab
Akibat nak blah tapi tak dapat maka perut berkeroncong, drive keta macam bese, tetiba masuk parking boooom!langgor kete orang T_T aiseymemenmen ;(


p/s: iyad dah balik johor :( rindunya tak jumpa iyad 3minggu...yoyad jangan sombong-sombong dengan kitarang tau!

Tuesday, November 29, 2011

Dayong dan terDampar

boleh tak???
nak pergi water rafting...

pergi meninggalkan tanggungjawab,
pergi me-nyah-pedulikan jemputan segala mala,
pergi ditemani rindu duhai mak tersayang(&adek&iyad&lain-lain),
pergi membelakangkan reunion yang riang ria gembira T_T
pergi tanpa sedar diri takdok duit ;(

Wednesday, April 20, 2011

Bila sedih...

Bila sedih...aku suka layan perasaan sedih

Bila sedih..tak semangat aku tak suka orang dok bagi ayat positip sebab aku boleh positipkan diri seniri kalo aku nak, thenks but no thenks

Bila sedih...aku suka divert sedih tu jadi rindu kat kawan-kawan & yoyad

Bila sedih...aku tak kesah kalo tak makan pape(arini baru makan cekodok 3-4ketul + biskut meri 4-5 keping)

Bila sedih...aku suka ulang alik hiway depan rumah ni 2-3round (semalam balik tusyen, amik yoyad pastu bawak dia ukur hiway depan rumah)

Bila sedih...ada baiknya ko pegi semayang ngaji bawak-bawak ngucap!haihhss ape nak jadi ni anak dara sorang ni ntah keje tak, viva tatau bila :(

ok, bye nk semayang asar

Tuesday, March 29, 2011

When the world pushes you to your knees, You are in the perfect position to pray

title copy paste dari sini ^_^ tengahari remang yang hangat lagi terik tadi, aku dah terpikir nak buat title post ni: penat dengan sandiwara dunia-mainan syaiton-masalah konflik perasaan tapi lepas asar dah redup tetibe insaf -_-

iye bila dah jatuh baru tengadah, baru nak doa lama-lama,sujud lama-lama :(
haihss ape la nk jadi dengan aku ni :(
asta'firullahala'zim...Allaahumma innaka ‘afoowun tuhibbul‘afwa fa’foo’anni. “O, Allah! You are the Forgiving, You love to forgive. Forgive me.”

Make love, not war hohoho tetibe je nk copy paste lepas baca blog ni.Semoga baik-baiklah semuanya.

Thursday, March 24, 2011

Malam yang sepi-pi-pi, Pak Man jual topi-pi-pi

Seperti biasa di kala malam bulan mengambang.....
laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr ngidam nak makan macam-macam => [A]
banyak kerja nak kena setelkan tapi takde mood => [B]
takde mood membawa ke bosannnnnnnnnnn => [C]

[A]+[B]+[C]= emo

recap minggu ni yang baru ari rabu tapi dah macam-macam mende jadi :(
1. ade ke patut budak-budak tusyen tu kate aku ajor dorang cepat sangat????!!nak lambat macam mana lagi??orang lain dah ke marikh ko baru nak beli tiket komuter pegi mid vely..haihhsss

2. kena saman parking tepi time square..singgah kejap je pun nak semayang dah pukul 6pm++ pun nak saman-saman :( pun-pun

3. perut berangin krukk krukk krukk sebab brekfes makan pulut sodap..pastu seharian suntuk berangin satu badan tak lalu makan pape tapi dah malam buta ni baru ngidam ngalah orang mengandung

4. lepas pura viva baru aku sedar diri yang aku kene prepare awal-awal sebab aku dah takde geng nak diskas pasal tajuk tesis aku. sebab dorang lain sume dah grad...ni paling haruuuuuuuuuuuuuuuuu jauhnya nak tanya-tanya k.nora & nida pasal microwave-microvawe ni :(

4.1 hidung tesumbat..susah nak bernapas maka susah nak tido

5. ok dah abes part tak best...the best part is pura dah viva yeahhhhhhhhhhhhhhhhhh lepas dah sorang lega tatau pasai pa aku hepi sangat padahal aku tak setel 1 habuk pun tapi hepi giler untuk pura ^_^

6. iyad balik wikend ni yeahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ^_^

7. kat time square tadi ada sorang akak ni dia tanya mana nak dapat hendbeg cantik macam aku pakai ni...huhu 1st time!!tatau hepi pasai pa. bukan aku yang design pun beg tu aku beli je pun (dah nak setahun pakai beg ni tak dapat tukar yang baru pun lagi sebab takdok duit+takdok mood nak pilih-pilih)

Thursday, January 13, 2011

Kalau ada jodoh......

Bak kata orang-orang tua...kalau ada jodoh tak ke mana (mmm)
positip-positip untuk melawan hati yang sensitip

positif untuk meriahkan hidup dengan daisy path ntahpape (pathetic kan huhu)
positif untuk tak banding-bandingkan dengan orang lain yang dah keje, dah kawen tapi tak keje,dah kawen dah keje, dah beranak pinak, dah betunang dan ber-ber yang lain

positif lah selagi larat sebab lain orang lain takdir, qada dan qadar

ok.selamat malam.nak mimpi-mimpi indah.indah-indah saja sebab dunia sebenar semua pun :(

apa-apa je lah

Tuesday, December 14, 2010

[K]

Kalau,
dengan berlari jauh-jauh ke hujung dunia itu boleh menghiburkn hati yang gundah,
aku mohon Tuhan,
kau makbulkan doaku yang satu, 2,3 dan sekian-sekian itu

Kerana,
aku bukan siapa-siapa di hati hamba-hamba mu itu,
aku mohon Tuhan,
kau tunaikan setiap lirik-lirik doa dan permintaan mereka

untuk Kesekian Kali,
aku mohon Tuhan,
kau hembuskan angin dingin di hati hamba mu yang selemah-lemah iman dan kudrat ini



[positively negative mind,soul and spirit]

Friday, October 22, 2010

Rasa yang sesak~

-A-Being perempuanperiod-taksemayang-takngaji-banyakkeje-tatausempatketaknaksubmittesissemni-oranglainpegikenduritapikenatinggal memang sangat menyesakan :(

-B-Hepi baca emel/tengok fesbuk kawan-kawan yang hepi dengan life masing-masing => lalu perempuan loser tersebut divert rasa sedih kerna menjadi si loser dengan merindui Iyad :(

-C-dalam rasa sesak serak sebak semak jiwa ini,hanya terluah terima kasih dan syukur :)

-D-tengs for the deliveri, tengs for your time , tengs for your efforts, tengs for everythings <3

Thursday, October 7, 2010

Rindu Iyad~




iyad sayang,
mama ya rindu iyad sangat-sangat :(
kita jumpa ujung bulan depan ek,
jangan noti-noti,
kesian kat ibu,
iyad jangan lupa solat ^_^
doakan mama ya cepa-cepat abeskan tesis ni,keje elok-elok,
nanti boleh wan&tok ki duduk rumah jaga iyad :)



salam peluk cium sayang selalu,
mama ya

Friday, June 25, 2010

-B.E.R.TE.N.A.N.G-

hati,
sabarlah,
jangan kau lari hingga ke awan tak tercapai kudrat ku mengejar

hati,
tenanglah,
perlahan-lahan nikmatilah angin dingin yang selalunya akan berakhir hening

hati,
tabahlah,
kalau bukan pelangi yang muncul selepas hujan mungkin sinar mentari akan menyinar kembali

[ok2, back to realiti!!]

Wednesday, June 9, 2010

Idle

Senangkan...
Each conversation end with Idle


p/s: Len kali boleh tak ..tak payah tego kalau sekadar nak sakitkan hati aku???

Tuesday, May 4, 2010

Saya rasa.....

Saya rasa...saya nak jadi selfish
saya rasa...saya nak stop jadi pendengar yang baik (boleh bagi reason: sori aku bz)
Saya rasa...saya nak jadi pemerhati je lepas ni (senang!)
Saya rasa...saya takmo dah amik tahu pasal orang lain (kecuali yang betul-betul series)
Saya rasa...saya nak stop jaga muka saya (sebab pakailah apa-apa pun,muka saya tetap macam ni jugak)
Saya rasa...saya dah penat mengalah
Saya rasa...saya nak offline
Saya rasa...saya mahu tidur sekarang jugak!

ok,tata semua~

Friday, April 23, 2010

burung putih terbang tinggi [fizafreak]

kadang-kadang,
terfikir juga mahu lari dari semua
tapi tanpa semua aku bukan siapa-siapa


should i run and be nothing
or should i stay and be everything...
that im not.

amik kat sini

Friday, March 26, 2010

Bila positif bukan pilihan

penat melawan negatif,

penat untuk mimpi menjadi seperti siapa-siapa mahupun untuk menjadi apa-apa,

penat nak happykan orang lain tapi macam takdak hasil,

tapi, kata 'atok':

kebahagiaan tu datang dalam pelbagai cara.....kadang kala melihat saja sudah cukup membuatkan seseorang itu bahagia =)

haihsss....layan sunset lagi best!



gambar credit to cicak

p/s: sori mak, adik tak angkat jemuran sebelum keluar tadi...habis basah semuanya =((
p/s/s: piza kat pasar malam putrajaya sodap!

Monday, March 22, 2010

Merasa bodoh~

Aku rasa aku tak bodoh tapi aku selalu rasa orang lain ingat aku bodoh sangat!!!Arhhhhgg bodoh aa!Tolong lah, i'm not that stupid!



gambo credit to ijat


p/s: takmo amik tau dah dan tak rasa nak amik tau apa-apa kecuali nak memanah, wall climbing, nek bukit broga, ATV, mandi sungai,duit dan shopping ngehngeh =))


p/s/s: i guess it's half timing and the other half's luck- bak kata lelaki katang

Thursday, March 4, 2010

Bila rasa~

Bila rasa kosong, hopeless, loser dan seangkatan dengannya...aku suka dengar














i'm tired walking slowly in da middle of the dark tunnel...i wish i could speed up but dunno how =( da light is so near yet so far!