Saturday, January 31, 2009

Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume I

weyh lambat lagi ke?? mesej aku send kat Serip sambil tangan kanan suap laksa. Kejadahnye dok sorang-sorang kat mapley!!! rungut aku sorang diri (dalam hati je tak klua kat mulut pn tak pasal-pasal ane buat air ingat aku gile plak ). Elok laksa sepinggan abes baru tepacul muka dak-dak betuah ni. Borak-borak kejap sambil tangan dok laju buat food tasting nasi goreng ayam kunyit Zira (hoho naseb la sape soh korang sampai lambat ) pukul 7.20 elok-elok muazzin ready nak azan aku blah balik umah rushing, tapi meter Qieqi tak sampai 100++km/h pn. Ade important mission pas maghrib ni...

Actually aku tak eksited pun nak p DBP tok tengok Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume I coz da lama aku tak tengok teater (last time tengok kat UPM teater interkolej sapot kolej-mate) tapi ternyata berbaloi aku rushing-rushing balik tadi + abang drive ikut shortcut. Sekadar memetik review mereka-mereka ini :

Abang ;
Sesuatu yang dekat dengan kita tanpa disedari.

Rajan ; menonton Teater Kompilasi Vol: 1, mampu diam sahaja, so called kepuasan/impak yang aku rase.

Marissa ; Teater ini memang hebat.

Jom tonton Projek KoKEN : Teater Kompilasi Volume I



Info lebey lanjut boleh klik sini





wif zizi zulkifli (dimana joe jambol????)