Sunday, January 11, 2009

Hanya dengan RM20

Setelah melalui minggu-minggu yang sedikit kesempitan hidop akibat daripada membayar yuran semester ini, tinggallah duet-duet bewarna biru sahaja (seringgit ye bukan lima puluh ringgit haha) tapi agak tebal juga lah ;P

Berbekalkan duet-duet biru yang agak tebal serta duet bekal daripada ibunda tercinta, aku menggatal mengajak jr aku Zira ke stadium bukit jalil untuk menonton final badminton super series 2009 malaysia open dan semestinye untuk menyapot datuk chong wei....kami amik seat yang agak tinggi(seswai dengan harga tiketnye) tapi ok je view dari seat tersebut...huhu statement nak sedapkan hati ;P As expected, chong wei menang 21-14, 21-13...syabas =) owh lupe plak lawan chong wei ialah player dari korea park sung hwan.

Ok moh la kite layan gambo snap guna camera biase...kelihatan sedikit semut(ok ramai-ramai tadah tangan doa supaya saye dapat camera dSLR sesegera mungkin)


Kami blah dari stadium bukit jalil semasa acara double perempuan berlangsong, korea vs china. Niat di hati memang nak tengok semua acara tapi ntah macam mana ntah boleh pulak balik awal sikit...huhu siap boleh sambung tengok men double kat umah live at astro super sport. Dekat je pn umah aku dengan bukit jalil tu yang sempat tengok ;P

Maka lengkaplah cuti wikand ni...esok melambak labwork nak buat~chaiyok!!!