Wednesday, January 14, 2009

Param~

Aku tak tahu kalau kamu perempuan-perempuan di luar sana rasa apa yang aku rasa pabila berpuasa ganti di bulan selain ramadhan......Aku rasa setiap daerah perlu ada bazar ramadhan macam biasa (macam bulan ramadhan = param)

Cuba bagitahu aku kat mana nak cari kueh pelita yang sedap menjilat sudu selain daripada kat bazar ramadahan???Bukan itu aje...Aku jugak nak karipap goreng panas yang sedap walaupun berminyak tapi inti dia sangat mashyuk...ha lagi satu, mana nak cari popia basah bersambal tak bape pedas tapi cam dahsyat sedap die????

Aku rasa aku perlu usulkan kt Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat untuk anjurkan bazar sebegitu setiap hari khamis (sebab hari khamis paling ramai rajin ganti puasa) untuk kebahgiaan perempuan-perempuan sejagat!!!!

ya...hidop kueh pelita, karipap dan popia!!!!!


p/s: aku mahu laksa johor jugak.....huhu